Monday, 10 December 2012

MAKSUD AYAT KURSI YANG MENAKUTKAN

assalammualaikum semua,hari ini akim nak share maksud ayat kursi.korang mesti pandai baca tp x tahu maksudnya kan.kalu anda fahami betul2 pasti anda berasa teramat takut kepada Allah s.w.t  dan sebab itulah apabila seseorang kena dirasuk syaitan kita perlu baca ayat kursi kerana syaitan pun takut akan ayat itu.

jawi


maksudnya:

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.

Di atas adalah bacaan dan maksud ayat Kursi yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ayat Kursi amat agung di sisi Allah S.W.T dan ketahuilah bahawa sewaktu ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah, terdapat beribu-ribu malaikat yang mengiringi ayat Kursi kerana kebesaran dan kesuciannya. Oleh kerana keagungan ayat ini, maka jin kafir yang paling kuat yang digelar Ifrit pun tidak mampu menahan kehebatan ayat Kursi sehingga ia mati.

sumber

4 comments:

  1. fb like tu patut ltak belah kiri. x leh nak share fb

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. share lbih bnyk tentang ayt al quran. Lbih bnyk pengetahuan kita.

    ReplyDelete
  3. http://chentaabby.blogspot.com/2014/12/maksud-doa-ayat-kursi.html
    sy mintak izin copy maksud ayat kursi..:)

    ReplyDelete

komen la apa korang nak komen pun tapi jangan maki2 sudahlah sebab ini adalah blog personal