Thursday, 30 August 2012

PEMAIN BOLA TERKAYA DIDUNIA

                                                         



Messi kini miliki semua gelaran. Selepas bergelar pemain terbaik dunia 2011, penyerang Argentina kini merupakan pemain bergaji paling tinggi tahun ini. 10 pemain bola sepak terkaya dunia 2012 sebahagian merupakan nama-nama lama. Empat pemain dari BPL, tiga dari La Liga dan setiap seorang dari kela Jerman, russia dan USA. Kajian dilakukan majalah France Football sepanjang 12 bulan lepas.
Beliau memperoleh pendapatan sebanyak £27.4 juta (RM133.577 juta) menerusi gaji ditambah bonus, penajaan dan pengiklanan dirinya. Gaji tahunannya dikatakan £13 juta (RM63 juta) dan beriklan bersama dua jenama terkenal dunia, Pepsi dan Adidas.
Bekas kapten England, David Beckham jatuh ke tangga kedua namun masih hidup mewah dengan pembabitannya dengan beberapa duta jenama dunia. Cristiano Ronaldo ekori rapat beliau ditangga ketiga. Berikut adalah ranking 10 pemain bola sepak terkaya.

Pemain bola sepak terkaya 2011

Lionel Messi – £27.5m
David Beckham – £26.2m
Cristiano Ronaldo – £24.3m
Samuel Eto’o – £19.4m
Wayne Rooney – £17.2m
Sergio Aguero – £15.7m
Yaya Toure – £14.7m
Fernando Torres – £13.9m
Kaka – £12.9m
Philipp Lahm – £11.9m
Jurulatih Real Madrid menjadi jurulatih paling kaya dengan pendapatan £10.19 juta (RM49.67 juta) diikuti pengurus PSG, Carlo Ancelotti dan Pep Guardiola dari Barcelona.
Mungkin kerana brand nama membuat ramai pemain yang tidak bermain elok masih berada di 10 terbaik. Steven Gerrard dulu di tangga ke 7, mungkin sebab tahun lepas banyak cedera kot. :)

No comments:

Post a Comment

komen la apa korang nak komen pun tapi jangan maki2 sudahlah sebab ini adalah blog personal